fbpx

Batu ‘tergantung’ gamit pelancong Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiada sesiapa pernah direkodkan terjatuh dari batu ini setakat ini. – Instagram marvinm_696

ROGALAND, NORWAY – Sebuah kawasan pergunungan di Norway menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia yang berkunjung semata-mata untuk bergambar di atas bongkah batu besar yang terhimpit di antara dua jurang, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Dinamakan Kjeragbolten, bongkah itu popular dalam kalangan pengembara yang sukakan cabaran. Ia adalah seketul batu gergasi yang keadaannya seolah-seolah tergantung di udara pada ketinggian 984 meter.

Batu itu terletak di atas Gunung Kjerag di Lysefjord. Kjeragbolten mudah didaki  oleh pengunjung walaupun  tanpa sebarang peralatan khas.

Kehadiran bongkah batu itu menjadikan Kjerag  lokasi panas untuk pelancong dan  pengembara dari seluruh dunia. Ramai antara mereka tidak gentar akan cabaran untuk memanjat bongkah batu tersebut demi sekeping gambar yang luar biasa untuk dikongsi di laman Instagram.

Walaupun Kjeragbolten dilaporkan lebih lebar daripada yang kelihatan dalam gambar, nyawa orang yang memanjatnya boleh melayang  sekiranya tersilap langkah.

Namun,  tiada sesiapa pernah direkodkan terjatuh dari batu tersebut setakat ini. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI