fbpx

‘Apa dosanya dilahirkan OKU pekak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbualan WhatsApp diantara lelaki tersebut dan seorang pekerja kedai kopi.

PETALING JAYA – Sudah menjadi tanggungjawab pengurusan untuk mencari pekerja terbaik bagi sesuatu jawatan yang diperlukan mengikut kelayakan serta memenuhi keperluan syarikat atau kedai.

Namun, tidak sewajarnya golongan orang kelainan upaya (OKU) dipinggirkan daripada mendapatkan sesuatu pekerjaan sedangkan mereka juga mampu memberikan hasil kerja yang terbaik.

Terbaharu, tular di laman Twitter apabila seorang pengguna berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp diantara dia dan seorang pekerja kedai kopi sehingga menimbul kemarahan orang ramai.

Menerusi perbualan tersebut, dapat dilihat lelaki itu ingin memohon kerja secara sambilan di kedai berkenaan selepas terbaca iklan yang dimuat naik di media sosial.

“Hai, boleh saya bekerja secara sambilan.

“Saya OKU pekak, boleh terima ke?,” katanya.

Namun, permintaannya ditolak setelah dia memaklumkan keadaan dirinya yang mempunyai masalah pendengaran dan pekerja tersebut sempat memberitahu bahawa permohonan pengambilan telah ditutup.

“Maaf ya, pengambilan dah ditutup,” kata pekerja tersebut.

Menurut lelaki tersebut, walaupun dia mempunyai pengalaman hampir tiga tahun sebagai barista, permohonannya masih tidak dilayan.

“Awak diskriminasi orang OKU, bila saya cakap saya OKU, terus awak senyap sahaja.

“Apa dosa dilahirkan OKU pekak,” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mengecam tindakan pekerja tersebut.

“Ramai orang OKU yang lebih berbakat daripada orang yang normal, mereka lebih rajin dan bersungguh-sungguh untuk bekerja, apa salahnya mengambil mereka sebagai pekerja,” ciap seorang pengguna.

“Apa jenis majikan macam ini, asal dia OKU, kau pandang rendah, memang tak patut,” ciap @Azrol99salute.

Menerusi ciapan terbarunya, dia memaklumkan pekerja tersebut telah memohon maaf kepadanya berhubung perkara yang berlaku.

“Pertama sekali, saya nak minta maaf apa yang dah berlaku sebelum ini.

“Saya tiada niat nak lukakan hati awak, saya akan perbaiki diri selepas ini,” ujar pekerja itu lagi.

Dalam pada itu, di ruangan komen ciapan tersebut, pihak pengurusan kedai kopi itu turut membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Kami dengan ikhlas memohon maaf atas cara komunikasi yang kurang baik yang telah menyebabkan salam faham yang tidak diingini ini.

“Kami mengambil serius perkara ini kerana kami tidak bertolak ansur dengan sebarang bentuk diskriminasi dalam proses pengambilan pekerja kami,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI