fbpx

Amirul sempat kemas rumah sebelum lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZALEHA (kiri) dan suaminya menunjukkan gambar kenangan Allahyarham Muhammad Fikri (kanan sekali).

SABAK BERNAM – Salah seorang daripada dua mangsa lemas Air Terjun Batu Berangkai, Kampar, Perak, dikatakan sempat mengemas rumah keluarganya di Kampung Parit Baru di sini, semalam.

Kelakuan pelik Allahyarham Muhammad Amirul Hafidz Ma’asor, 20, itu disedari ahli keluarganya yang dianggap menjadi petanda awal pemergiannya dalam tragedi tersebut.

Kakak mangsa, Siti Suzelawati, 38, berkata, Allahyarham dilihat bertungkus-lumus mengemas rumah berkenaan seolah-olah mahu menyambut kehadiran ‘tetamu’.

Katanya, arwah adiknya itu kebiasaannya tidak mengambil peduli sekiranya diminta melakukan demikian sebelum ini.

“Namun, semalam kelakuannya dilihat agak pelik seperti ada tetamu yang ingin datang ke rumah kami.

“Kami tidak menyangka rupa-rupanya  akan menyambut kepulangan jenazah arwah adik buat kali terakhir,” katanya ketika ditemui di kediaman ibunya itu, petang tadi.

Jelas Siti Suzelawati, Allahyarham turut sempat memohon maaf kepada ibunya, Normah Sharif, 59, sebelum kejadian itu.

“Arwah sempat memeluk dan menciumnya sambil meminta ibu mengampunkan segala dosanya sebelum bertolak ke Perak,” katanya.

Sementara itu, Zaleha Basar, 63, yang merupakan nenek kepada Allahyarham Muhammad Fikri memaklumkan kali terakhir bertemu cucunya ketika datang rumahnya di Kampung Teluk Rhu di sini.

Ujarnya, Muhammad Fikri dan Muhammad Amirul Hafidz pernah bersekolah sama di Sekolah Agama Menengah (SAM) Parit Baru dan menyambung pengajian ke tingkatan enam di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

“Pada waktu itu, dia (Muhammad Fikri) sempat mencium tangan saya dan meminta izin untuk pergi ke Kampar.

“Sebelum berpisah, arwah memberitahu ‘pergi dulu nek’ dan saya tidak sangka dia akan pergi buat selamanya,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI