fbpx

Wanita punggung terbesar dunia gagal miliki cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Punggung Crown yang terlampau besar menakutkan lelaki untuk mendekatinya. - Ken McKay/ITV/REX/Shutterstock

BELGRADE, Serbia – Seorang wanita yang memiliki punggung terbesar di dunia mengakui bahawa ‘asetnya’ menjadi halangan utama buat dirinya memiliki cinta, lapor akhbar Daily Star UK, kelmarin.

Natasha Crown, 27, sanggup berbelanja  AS$150,000 (RM628,725) demi mendapatkan bentuk punggung idamannya menerusi lima prosedur yang dipanggil Brazillian Butt Lift (BBL).

Namun begitu, impiannya kini memberi impak negatif terhadap kehidupan peribadinya apabila dia sudah tujuh tahun hidup sendirian tanpa kehadiran  teman lelaki.

“Hubungan terakhir saya adalah tujuh tahun lalu. Penampilan saya dengan punggung seperti ini memang bukan normal jadi saya rasa lelaki  takut pada saya.

“Ia menakutkan untuk lelaki meskipun mereka mungkin terpikat kepada personaliti saya,” jelas Crown.

Bagaimanapun, hal itu tidak mematahkan semangat Crown yang bakal mendapatkan BBL kali keenam bulan hadapan bagi mengekalkan takhta punggung terbesar dunia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI