fbpx

Takut booster, takut lagi bila masuk hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramai yang sudah menerima dos penggalak akan mengalami gejala ringan sahaja. - Gambar hiasan

Sejak 6 Februari lalu, kes harian Covid-19 di negara ini sudah mencecah lima angka. Ramai yang sudah menjangkakannya.

Ini selepas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi satu ciapan di Twitternya memaklumkan Malaysia sudah sepenuhnya dalam gelombang Omicron dan menjangkakan kes akan mencecah 15,000 kes sehari.

Tan Sri Noor Hisham Abdullah turut menyatakan perkara sama apabila menganggarkan kes harian boleh mencecah 22,000 pada penghujung Mac sekiranya kadar kebolehjangkitan kekal 1.2.

Nampaknya belum masuk Mac, kes harian sudah melonjak ke angka tersebut apabila sebanyak 22,802 kes direkodkan kelmarin angkara varian Omicron.

Walaupun kes tinggi, namun orang ramai kekal menjalani aktiviti harian seperti biasa. Jalan raya sesak, pasar raya ‘sendat’ dengan pengunjung, restoran pula penuh dengan pelanggan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Keadaan ini berbeza berbanding Ogos tahun lepas walaupun angka kes harian sama kerana ketika ini majoriti penduduk di negara ini sudah lengkap divaksin.

Seorang rakan penulis yang disahkan Covid-19 baru-baru ini hanya mengalami simptom ringan. Simptom itu hanya muncul selepas beberapa hari dijangkiti Covid-19.

Menurut rakan penulis itu, dia langsung tidak menyedari sudah dijangkiti virus tersebut dan melakukan ujian menggunakan sampel air liur atas urusan kerja.

Bukan sekali tapi empat kali dia melakukan ujian kendiri dan keputusannya masih sama iaitu positif sebelum melakukan ujian makmal bagi tujuan pengesahan kerana tiada gejala pada awalnya. Rakan penulis ini juga sudah menerima dos penggalak.

Masih ramai di luar sana yang bimbang untuk mengambil dos penggalak. Jika dahulu ada yang tidak mahu mengambil vaksin kerana termakan dengan hasutan teori antivaksin, namun kini kita berdepan dengan satu lagi kumpulan baharu.

Mereka ini sudah melengkapkan dua dos vaksin, namun berjaga-jaga untuk mengambil dos penggalak atas sebab-sebab tertentu termasuk fobia dan serik dengan kesan sampingan vaksin.

Kumpulan ini yang harus diberi perhatian oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Tambahan pula baru-baru ini, KKM membuat ketetapan penerima vaksin Sinovac perlu mendapatkan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac.

Jadi mahu atau tidak, mereka yang menerima vaksin keluaran China ini perlu mendapatkan dos penggalak sebelum ketetapan lain dibuat.

Walaupun bimbang akan kesan sampingan selepas suntikan, namun yang lebih penting adalah perlindungan terhadap kesan-kesan teruk sekiranya dijangkiti wabak ini lebih-lebih lagi mereka yang berisiko tinggi.
Semoga kita semua terlindung daripada musibah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI