fbpx

Suami isteri direman bantu siasatan salah guna kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan suami isteri ditahan reman SPRM untuk membantu siasatan kes salah guna kuasa membuat tuntutan palsu RM40,000.

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri dikenakan tahanan reman masing-masing selama sehari dan dua hari kerana didakwa telah menyalahgunakan kuasa untuk membuat tuntutan palsu bernilai RM40,000.

Perintah reman terhadap tertuduh masing-masing berusia 32 dan 30 tahun itu dikeluarkan Majistret R. Salini.

Berdasarkan sumber, wanita yang bertugas sebagai pembantu tadbir sebuah jabatan kerajaan itu telah menggunakan kedudukan dengan memberi kerja-kerja pembekalan kepada syarikat suaminya pada tahun 2020.

Bagaimanapun kerja-kerja pembekalan yang sepatutnya dibuat oleh syarikat tersebut, tidak dilaksanakan.

Sehubungan itu, kedua-duanya telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ketika hadir memberi keterangan di pejabat agensi berkenaan, semalam.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias memaklumkan kedua-dua tertuduh disiasat dibawah Seksyen 23 dan 18 Akta SPRM 2009.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI