fbpx

Sterling ledak hatrik sempurna buat City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STERLING berjaya meledak hatrik sempurna selepas menewaskan Norwich 4-0 di Carrow Road awal pagi semalam. – AFP

NORWICH – Bintang Manchester City, Raheem Sterling berada dalam kelas tersendiri apabila meledak hatrik membantu pasukannya menewaskan Norwich City 4-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Carrow Road awal pagi semalam.

Pemain sayap lincah itu membuka akaun jaringan menerusi rembatan lencong menarik kaki kanan dan kemudiannya menanduk masuk hantaran daripada Ruben Dias sebelum melengkap­kan hatriknya melalui tolakan mudah kaki kiri.

Ia sekali gus menyaksikan Sterling, 27, muncul pemain ketiga­ City yang berjaya meledak hatrik sempurna dalam sai­ngan EPL selepas dilakukan Edin Dzeko­ dan Sergio Aguero.

Pengurus City, Pep Guardiola gembira dengan impak hebat ditunjukkan tonggak England itu yang kini sudah meledak lapan gol daripada lapan aksi terakhir EPL musim ini.

“Dia menjadikan perlawanan ini sangat menghiburkan terutama selepas menjaringkan gol pertama. Dia sangat berbahaya apabila beraksi pada tahap keyakinan yang tinggi.

“Benar dia pernah dikaitkan dengan perpindahan tetapi dia adalah watak penting buat pasukan ini. Anda boleh menilai sendiri menerusi statistiknya musim ini,” katanya.

Satu lagi gol dalam aksi itu dijaringkan oleh Phil Foden sekali gus membolehkan The Citizens selesa menerajui carta EPL de­ngan kelebihan 12 mata ke atas Liverpool di tempat kedua.

City selepas ini dijadualkan menentang jaguh Portugal, Sporting Lisbon dalam pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara awal pagi Rabu sebelum berentap dengan Tottenham Hotspur untuk aksi EPL seterusnya pada 20 Februari nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI