KOTA BHARU – Qayra Beauty pengeluar produk penjagaan kesihatan dan pelangsingan badan, mengunjurkan jualan mencecah kepada RM25 juta pada tahun ini berbanding RM17 juta tahun sebelumnya.
Pengasas syarikat, Noor Faqirah Abdullah berkata, peningkatan nilai tersebut bakal disumbangkan oleh pertambahan jumlah ejennya kepada 20,000 orang berbanding 6,000 ejen pada masa sekarang yang komited membantu memasarkan produk di seluruh negara secara online dan juga offline.
Menurutnya, untuk meluaskan lagi penguasaan pasaran, syarikat bercadang untuk menembusi negara jiran seperti di Thailand, Indonesia dan juga Singapura tidak lama lagi.
“Kami juga mahu memiliki bangunan sendiri di Wakaf Che Yeh bagi mengukuhkan lagi jenama dan daya saing syarikat untuk jangka masa panjang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis makan malam dan penyampaian anugerah kepada pengedarnya di sebuah hotel di sini baru-baru ini.
Sehingga kini, Qayra Beauty memiliki enam produk iaitu Herba Kurus Tradisi, Slimocha, Slimberry, Slimnut, Maajun Premium dan yang terbaharu, Slimming Girdle.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Herba Kurus Tradisi mula berada di pasaran pada tahun 2018 dan menjadikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong sebagai destinasi strategik untuk memasarkannya kepada umum.
Jamu akar kayu itu telah berjaya menaikkan imej syarikat kerana ia membantu mengurangkan berat badan pengguna dengan cara yang sihat.
Bermula di situ, Noor Faqirah gigih berusaha memasarkannya bermula dengan jualan secara offline dan meningkatkan proses pengeluaran formula produk kampung itu secara komersial dengan jualan lebih daripada 200,000 botol pada tahun lalu.