fbpx

PRN Johor: Maszlee calon PKR di DUN Layang-Layang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) mengumumkan Maszlee (kiri) sebagai calon DUN Layang-layang bagi PRN Johor.

BATU PAHAT – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik yang menyertai PKR pada 27 November tahun lalu sah dinamakan sebagai calon parti itu dibawah Pakatan Harapan (PH) untuk kerusi Layang-Layang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengumuman tersebut mengukuhkan lagi spekulasi bahawa bekas Menteri Pendidikan yang sebelum ini ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkemungkinan dinamakan sebagai calon Menteri Besar Johor sekiranya gabungan itu menang.

Maszlee, 48, diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon keenam PKR yang akan bertanding pada PRN Johor 12 Mac depan setelah lima calon lain ditampilkan parti itu pagi tadi.

Anwar dalam ucapannya berkata, meskipun PKR tidak menggalakkan Ahli Parlimen mereka bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), namun pengecualian itu diberikan kepada Maszlee kali ini.

“Ahli Parlimen kita (PKR), kita tak cadang untuk bertanding (DUN), tapi satu sahaja kita beri pengecualian di Johor iaitu Dr. Maszlee Malik di Layang-Layang. Ini kerana kita nak tonjolkan beliau sebagai tokoh kita di negeri ini yang boleh membantu dengan pengalamannya.

“Tetapi untuk nama-nama lain di zon tengah yang sepatutnya diumumkan hari ini, saya tangguh dahulu sekejap, biar ‘suspen’ sedikit,” katanya ketika berucap di Rengit, di sini hari ini.

Sebelum ini, Maszlee yang dipecat Bersatu pada Mei 2020 digembar-gemburkan sebagai bakal Menteri Besar Johor, namun beliau mengganggap perkara itu terlalu awal untuk diperkatakan ketika ini.

Terdahulu, pada sebelah pagi, Anwar mengumumkan lima calon PKR iaitu Fakharuddin Moslim bagi kerusi Pasir Raja; S. Gopalakrishnan (Tiram); Napsiah Khamis Maharan (Kempas) dan Chiong Sen Sern (Bukit Batu). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI