fbpx

PRN Johor: Gopalakrishnan dicalonkan pertahan DUN Tiram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima calon PH dari kiri Fakharuddin Moslim, S. Gopalakrishnan, Napsiah Khamis Maharan, Dr. Zamil Najwaj Arbain dan Chiong Sen Sern yang akan bertanding di PRN Johor.

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi PKR Johor, S. Gopalakrishnan terus diberikan kepercayaan oleh parti untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Gopalakrishnan antara lima calon Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan bertanding pada PRN Johor bagi kawasan Johor Selatan.

PKR turut menampilkan muka baharu iaitu Setiausaha Angkatan Muda Keadalian (AMK) Johor, Fakhruddin Moslim, 34, (DUN Pasir Raja) dan Arthur Chiong Sen Sern, 32, (Bukit Batu).

Turut disenaraikan bertanding ialah Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis Maharan, 42, bagi DUN Kempas.

Sementara itu, Dr. Zamil Najwah Arbain, 48, yang pernah bertanding di DUN Tanjung Surat pada Pilihan Raya Umum-14 (PRU-14) lalu ditampilkan semula sebagai DUN calon Larkin.

Pengumuman itu dilakukan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hotel Thistle di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN