fbpx

PRN Johor: Amira Aisya calon Muda DUN Puteri Wangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq memperkenalkan calon DUN Puteri Wangsa, Amira Aisya ketika di Eco Casadria, Johor Bahru semalam.-FOTO RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Setiausaha Agung Parti ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abd. Aziz bakal mewakili parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Amira Aisya adalah tulang belakang kepada parti Muda.

“Saya harap rakyat khususnya pengundi Puteri Wangsa akan berikan dia peluang untuk memperjuangkan hak rakyat dan penambahbaikan terhadap institusi pendidikan,” katanya ketika mengumumkan calon parti itu dalam satu program yang diadakan di Taman Eco Cascadia, sebentar tadi.

Muda dalam satu kenyataan memberitahu, pencalonan Amira Aisya selaras dengan usaha Muda menampilkan pimpinan muda, aktif dalam politik khidmat serta fokus dalam merangka dasar yang adil dan saksama untuk Johor.

“Muda merakam penghargaan kepada rakan-rakan pimpinan pembangkang yang sentiasa menyokong iltizam politik Muda untuk negara,” jelasnya.

Sebagai rekod, Amira Aisya, 27, dilahir dan dibesarkan di Kampung Melayu Majidee di sini oleh wanita yang bergelar ibu tunggal.

Dia berkelulusan undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa itu juga aktif dalam pelbagai program kebajikan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI