fbpx

Pemandu lori kontena tersepit kemalangan dengan treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menyelamatkan pemandu lori kontena yang terlibat dalam kemalangan di KM 231.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat sini pagi tadi.

KUALA KANGSAR – Seorang pemandu lori kontena cedera parah setelah kenderaan dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah lori treler dalam kejadian di Kilometer (KM) 231.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.54 pagi.

Menurut jurucakap tersebut, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori kontena itu telah melanggar bahagian belakang lori treler membawa muatan besi.

“Perlanggaran menyebabkan pemandu lori kontena kontena tersepit pada tempat duduk pemandu manakala pemandu treler pula tiada mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Anggota bomba telah bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat khas.

Mangsa kemudian diserahkan kepada petugas kesihatan untuk tindakan selanjutnya manakala operasi yang diketuai PBK II Hanif Mahmad itu tamat sepenuhnya pada pukul 7.04 pagi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI