fbpx

Luahan Pembaca: Stesen TV perbanyakan rancangan ilmiah berbentuk hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stesen televisyen harus memikul tanggungjawab sosial untuk menyiarkan rancangan-rancangan yang lebih bersifat mendidik rakyat.

SAUDARA PENGARANG,

Melihat kepada beberapa rancangan hiburan baharu di stesen televisyen tempatan ketika ini, boleh dikatakan amat menyedihkan.

Tahap penghasilan rancangan-rancangan ini juga dilihat lebih kepada untuk mengejar rating jika ingin dibandingkan untuk mendidik penonton.

Terbaharu, terasa sedih dengan satu rancangan nyanyian yang menjadi tajuk utama di media sosial sehingga ada artis lama kita menyatakan tentang kelemahan rancangan tersebut.

Tulisan ini bukan untuk menyokong mana-mana pihak, namun stesen televisyen pada dasarnya adalah dibina atas paksi mendidik penonton yang pelbagai umur serta taraf pemikiran.

Jika stesen televisyen sengaja mencipta ‘cerita’ dengan tujuan marketing, maknanya tiada sebab untuk kita terus menyokong rancangan-rancangan seperti ini.

Malah industri seni tanah air juga tidak akan berkembang serta akan dipandang rendah oleh jiran tetangga kita.

Sepatutnya, stesen televisyen tempatan mencipta lebih banyak lagi rancangan-rancangan ilmiah berbentuk hiburan agar taraf pemikiran penonton kita tidak rosak seperti yang ada sekarang.

‘Lesen’ yang dimiliki stesen televisyen sepatutnya digunakan secara maksimum agar dua matlamat iaitu meletakkan industri seni serta tahap pemikiran penonton berada di tahap sepatutnya.

MAT SARIP
Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI