fbpx

Luahan Pembaca: Skrip sama peniaga setiap kali musim perayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa perlu terus melakukan pemantauan harga ayam yang dijual peniaga agar sentiasa mematuhi harga siling.

SAUDARA PENGARANG,

Sepinggan nasi arab dengan lauk ayam kini berharga RM15. Terkejut saya mendengarnya ketika menunjukkan juadah yang saya ambil kepada peniaga di kaki lima sebuah masjid berdekatan sebuah universiti terkenal di ibu negara.

Bila ditanya mengapa naik harga sehingga RM5, dia menjawab ayam sudah mahal dan akan diturunkan jika ternakan itu sudah murah.

Lihatlah kepada keadaan yang sedang berlaku sekarang. Harga kesemua barangan sudah naik sehingga peniaga yang tidak menyewa tapak pun berani mengambil kesempatan.

Seharusnya Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengambil tindakan tegas kepada mana-mana persatuan yang memulakan peperangan harga bagi mendesak kerajaan memenuhi kehendak mereka.

Tindakan mereka yang dilihat sengaja menimbulkan suasana panik dengan mengatakan bekalan ayam dan telur akan berkurangan menjelang Ramadan tidak lain hanyalah untuk menguntungkan mereka.

Ia terbukti apabila kerajaan bersetuju untuk memberi subsidi berjumlah lebih setengah bilion bagi mengekalkan bekalan di pasaran tidak sampai lima hari mereka mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.

Pengguna di mana-mana akan sentiasa menjadi mangsa kapitalis. Memang itu sistem yang digunakan pakai sejak sekian lama. Peniaga ‘jerung’ tidak pernah merasa rugi sehingga terpaksa gulung tikar. Yang tertekan adalah pengguna.

Apa pula wayang yang akan dimainkan selepas semua subsidi ini telah habis menjelang musim perayaan.

Sudah tentu skrip sama akan ditulis dan memanggil media untuk mengeluarkan kenyataan bahawa bekalan telur dan ayam akan kehabisan kerana kos dedak mahal.

Makan dalam
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI