fbpx

Lelaki ditangkap cabul kekasih bawah umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Derita seorang pelajar wanita yang menjadi alat pemuas nafsu kekasihnya apabila dicabul sebanyak enam kali sepanjang sembilan bulan percintaan mereka berakhir apabila lelaki itu ditangkap baru-baru ini.

Penahanan suspek berusia 21 tahun itu dilakukan di Jalan Kapar di sini pukul 10.40 malam pada 11 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, berdasarkan siasatan awal mangsa berusia 16 tahun itu mengenali suspek menerusi laman Instagram ketika berada di rumah neneknya di sini, Mei tahun lalu.

Katanya, mangsa dan suspek kemudiannya telah bercinta sehingga 9 Februari lalu.

“Sepanjang berkenalan dengan suspek, mangsa telah dipaksa membuat panggilan video dalam keadaan bogel.

“Mangsa juga mengakui suspek menyentuh tubuh badannya sepanjang enam kali pertemuan antara mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hoong Fong memberitahu, mangsa yang tidak tahan dengan perangai suspek kemudiannya bertindak cuba memutuskan hubungan mereka, namun dihalang kekasihnya itu.

Ujar beliau, suspek mengugut akan menyebarkan video dan gambar lucah mangsa sekiranya masih mahu meneruskan keputusan untuk memutuskan hubungan mereka.

“Hasil siasatan awal mendapati, suspek mengaku terlibat dalam kes yang disiasat dan kini direman sehingga Rabu ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) dan 15 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI