fbpx

Kluster tempat kerja pula melonjak di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Akmal (kiri) ketika membuat pemeriksaan di sebuah kilang pembuatan kanta di Merlimau, dekat sini hari ini.

JASIN – Kluster tempat kerja di negeri ini merekodkan peningkatan mendadak iaitu 40 kes dalam tempoh sehari berbanding kluster pendidikan yang kini semakin pulih dengan mencatatkan tiga kes.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, peningkatan itu dipercayai berpunca daripada sikap majikan yang memaksa pekerja untuk datang ke pejabat sekali gus menjadi kontak rapat.

Katanya, dalam semalam sahaja sebanyak 40 kes positif Covid-19 direkodkan membabitkan kluster tempat kerja.

“Kini jumlah kes kluster tempat kerja pula naik mendadak sehingga merekodkan 40 kes dalam sehari, melebihi jumlah kluster pendidikan sebanyak tiga kes.

“Peningkatan ini dipercayai ada kaitan apabila pekerja yang merupakan kontak rapat pesakit Covid-19 tetap disuruh datang bekerja oleh majikan mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan mengejut di sebuah kilang pembuatan kanta di Merlimau, di sini hari ini.

Kilang tersebut bagaimanapun diarahkan tutup selama tujuh hari setelah merekodkan 21 kes positif Covid-19 sejak 5 Februari lalu.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pihaknya juga ada menerima aduan berhubung tindakan tidak bertanggungjawab itu dan tindakan lanjut akan diambil. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI