fbpx

Kematian remaja di Sabah bukan dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA KINABALU – Dakwaan remaja meninggal dunia akibat dos penggalak vaksin Covid-19 yang tular di aplikasi WhatsApps adalah palsu dan siasatan mendapati pesakit itu tidak pernah mengambil dos penggalak.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Rose Nani Mudin berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah membuat siasatan dengan segera dan mendapati isu yang ditularkan itu palsu dan pesakit tersebut telah meninggal dunia pada 12 Februari lalu.

Menurutnya, punca sebenar kematian adalah disebabkan jangkitan paru-paru dan penyakit jantung sejak lahir (congenital heart disease) yang semakin tenat dan bukannya disebabkan dos penggalak seperti yang didakwa.

“Keadaan pesakit telah diterangkan kepada ahli keluarga dan mereka menerima penerangan mengenai punca kematian dengan baik. Siasatan juga mendapati pesakit telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada 31 Julai dan dos kedua pada 21 Ogos tahun lalu.

“Ibu pesakit dan pihak Hospital Tuaran telah mengesahkan pesakit tidak pernah mengambil dos penggalak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh ibu pesakit semalam bagi menafikan tuduhan kematian anaknya disebabkan oleh dos penggalak.

Tegasnya, ibu pesakit juga menafikan bahawa ahli keluarga ada menularkan perkara itu dalam aplikasi WhatsApps bahawa kematian mangsa disebabkan oleh dos penggalak.

“Pihak Hospital Tuaran juga telah membuat laporan polis untuk siasatan dan tindakan lanjut mengenai penularan berita palsu dan gambar pesakit di aplikasi WhatsApps oleh individu yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI