fbpx

Kedah antara empat negeri diramal alami cuaca buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat bagi empat negeri yang dijangka berlaku sehingga pukul 9 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, penduduk di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Sarawak diingatkan untuk terus berwaspada dengan cuaca ini.

“Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah Yan, Kulim dan Bandar Baharu.

”Di Pulau Pinang, kawasan diramalkan mengalami hujan lebat dan ribut petir ialah Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan manakala di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar,” kata MetMalaysia.

Selain itu, ramalan yang sama turut melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Miri dan Marudi di Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI