fbpx

[VIDEO] Jenazah bayi disyaki dibunuh ibu selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah Kemaman mengusung keranda jenazah bayi untuk dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Jenazah bayi lelaki yang dipercayai mati akibat ditikam ibu kandungnya berusia 15 tahun sebaik dilahirkan 8 Februari lalu selamat dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di daerah ini hari ini.

Urusan pengebumian jenazah bayi terbabit yang dikendalikan kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah Kemaman selesai sepenuhnya pada pukul 11.05 pagi.

Terdahulu jenazah bayi seberat 2.49 kilogram dimandi dan dikafankan oleh lima kakitangan pejabat agama di Unit Forensik Hospital Kemaman di sini.

Berita berkaitan: ‘Remaja 15 tahun tikam bayi sendiri sebaik beranak’

Jenazah bayi itu kemudiannya dibawa ke tanah perkuburan sejurus selesai solat jenazah sambil diiringi Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan dan sebahagian ahli keluarga suspek pada pukul 10.30 pagi.

Kosmo! 9 Februari lalu melaporkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditahan kerana disyaki menikam bayi lelaki yang dilahirkannya sehingga mati.

Berita berkaitan: Lelaki dicari bantu kes remaja perempuan bunuh bayi

Suspek kini ditahan reman di lokap Balai Polis Kerteh di sini sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan.

Polis kemudiannya meminta seorang lelaki dikenali sebagai Mohammad Hazuarie Hassan, 20, tampil untuk membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Berita berkaitan: Akibat panik remaja tikam bayi baru lahir

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI