fbpx

Jakim sedia bantu Lembaga Pelabuhan Johor peroleh pensijilan halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi Bahagian Pengurusan Halalnya menyambut baik hasrat Lembaga Pelabuhan Johor untuk beralih ke arah Pelabuhan hab halal.

Bahagian Pengurusan Halal Jakim menerusi hantaran di laman Facebook hari ini berkata, pihaknya sentiasa akan membantu mana-mana agensi mahupun industri dalam memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Menurutnya, pihaknya bersedia untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan Lembaga Pelabuhan Johor ke arah pensijilan halal Malaysia.

“Semoga jalinan kerjasama ini akan membuahkan hasil dalam memantapkan industri halal khususnya dalam skim logistik di Malaysia,” katanya.

Hari ini, Jakim menerima kunjungan daripada barisan pengurusan Lembaga Pelabuhan Johor yang diwakili Penolong Pengurus Besar, Bahagian Khidmat Korporat dan Pembangunannya, Ahmad Salhin Mustapa dan disambut oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim, Bukhari Md Akhir.

Pada sesi itu, Ahmad Salhin turut membentangkan mengenai aktiviti dan sistem pengoperasian Pelabuhan berkenaan yang menjadi pintu masuk dan keluar bagi produk-produk dari dalam dan luar negara.

Beliau mahu pelabuhan di negeri itu dapat beroperasi secara strategik dan pada masa yang sama mematuhi keperluan pensijilan halal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI