fbpx

Hampir seluruh negara dijangka alami cuaca buruk petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di seluruh negara kecuali negeri Sabah petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk bagi negeri yang terlibat dijangka berlaku sehingga pukul 6 petang ini.

“Di Perlis, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor kesemua kawasan di negeri itu bakal alami ribut petir serta hujan lebat.

“Di Kedah kawasan pula yang terlibat adalah Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan di kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di negeri Pulau Pinang,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, kawasan yang dijangka dilanda ribut petir di Kelantan adalah di Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Kota Bharu, Pasir Puteh dan Kuala Krai manakala di Terengganu pula, kawasan terlibat adalah di Besut dan Setiu.

“Keadaan cuaca buruk juga diramalkan berlaku di negeri Sarawak melibatkan kawasan di Kuching, Sri Aman, Betong, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu dan Miri,” ujarnya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI