fbpx

Maut makan sampah: Polis tahan bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua beradik lelaki meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan terhuyung-hayang dan mulut berbuih dalam kejadian di Bukit Malut, Langkawi pada semalam.

LANGKAWI – Bapa kepada dua kanak-kanak berusia dua dan empat tahun yang meninggal dunia didakwa selepas makan sisa makanan dari tong sampah di Bukit Malut di sini semalam ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, lelaki warga Myanmar berusia 36 tahun itu ditahan pada malam semalam.

Katanya, ujian air kencing ke atas suspek juga mendapati dia positif dadah

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Menurutnya, mayat dua kanak-kanak terbabit akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar pada hari ini untuk bedah siasat.

Kosmo! Online semalam melaporkan dua beradik lelaki warga Myanmar meninggal dunia selepas ditemui bapanya dalam keadaan terhuyung-hayang dan mulut berbuih.

Mereka sebelum itu dikatakan makan sisa makanan tercemar dari tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa di Bukit Malut di sini.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Ngei Jamaludin, 2, dan abangnya, Nizambudin, 4. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI