PENYANYI Adele menuai kritikan netizen selepas dituduh bersikap antitransgender ketika memberi ucapan dalam acara BRIT Awards 2022 baru-baru ini.
Dalam acara tersebut, pelantun lagu All I Ask itu menang besar selepas membawa pulang trofi Penyanyi Wanita Terbaik, Album Terbaik dan Lagu Terbaik.
Ketika memberi ucapan, Adele berkata, dia berbangga menjadi seorang artis dan penyanyi wanita yang cukup hebat.
Bukan hanya sekali, bahkan penyanyi berusia 33 tahun itu berkali-kali mengungkapkan rasa bangganya menjadi seorang wanita sehingga membuatkan netizen berasa hairan dan kurang senang.
Ucapan tersebut sekali gus memberi andaian bahawa Adele merupakan seorang wanita antitransgender dan menganggap dia membenci golongan tersebut.