fbpx

Chelsea muncul juara Piala Kelab Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA muncu juara Piala Kelab Dunia selepas menewaskan Palmeiras pada aksi final awal pagi semalam. - AFP

ABU DHABI – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel menganggap skuad kendaliannya layak apabila memenangi kejohanan Piala Kelab Dunia selepas menewaskan Palmeiras 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Mohammed Bin Zayed awal pagi semalam.

Juara Eropah itu mendominasi sebahagian besar permainan, namun ketumpulan jentera serangan sedikit sebanyak menyebabkan The Blues buntu untuk mencipta jaringan lebih besar.

Bagaimanapun, Tuchel tetap gembira dengan aksi keseluruhan yang ditampilkan apabila Chelsea langsung tidak berputus asa dan sentiasa bekerja keras meskipun perlawanan diheret ke masa tambahan.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa sebenar perlawanan hasil jaringan Romelu Lukaku dan Raphael Veiga, namun Chelsea memastikan kemenangan milik mereka apabila Kai Havertz menyempurnakan sepakan pe­nalti pada minit ke-117.

“Memang kami perlukan tuah untuk jaringkan gol pada lewat permainan, namun pemain-pemain Chelsea sudah bekerja keras dan langsung tidak me­nunjukkan erti putus asa sehingga tamat perlawanan.

“Semua orang cakap Havertz sangat tenang ketika mengambil sepakan penalti itu tetapi percayalah, dia sangat gementar. Tidak ada pemain yang akan tenang dalam situasi seperti itu,” katanya.

Pada masa sama, Havertz tidak dapat membendung rasa gembiranya apabila sekali lagi menjadi wira The Blues memandangkan sebelum ini dia turut menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara musim lalu.

“Saya bangga dan gembira untuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang memenangi trofi ini. Kami sentiasa impikan final seperti ini dan masih banyak trofi perlu dimenangi,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI