fbpx

Bekas kakitangan AADK didenda RM10,000 kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Erwan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar atas tuduhan rasuah, hari ini.

ALOR SETAR – Seorang bekas Pembantu Antidadah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan rasuah, enam tahun lalu.

Tertuduh, Erwan Yahya, 46, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda dikenakan.

Erwan yang hadir ke mahkamah dalam keadaan bertongkat akibat kecederaan selepas terlibat kemalangan awal bulan ini membayar denda tersebut.

Bagi pertuduhan pilihan pertama, tertuduh didakwa menerima suapan RM3,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan melepaskan seorang individu lain yang didapati positif dadah jenis syabu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di dalam kereta Proton Iswara di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani kira-kira pukul 5.30 petang, 7 Disember 2016.

Sementara pertuduhan pilihan kedua, tertuduh didakwa bersama seorang lagi pegawai AADK berusia 38 tahun dengan niat bersama bersetuju menerima suapan RM3,000 daripada seorang lelaki atas dorongan sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah kosong di Bandar Puteri Jaya pada pukul 3 petang, hari yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI