fbpx

4 anggota Running Man positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT pemain Running Man, Ha Ha, Jong-Kook, Suk-jin dan Se Chan kini sedang dikuarantin akibat Covid-19.

DALAM masa tiga hari sejak minggu lalu, empat orang anggota program Running Man disahkan memasuki senarai terbaharu mangsa jangkitan Covid-19.

Bermula dengan Kim Jong-kook yang terlebih dahulu disahkan positif pada Khamis lalu selepas mengalami demam ringan sehari sebelum itu, tidak lama selepas itu, seorang lagi anggotanya iaitu Yang Se-chan juga dilaporkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat.

“Dia bagaimanapun tidak mengalami sebarang simptom. Selepas melakukan ujian PCR buat kali pertama dan keputusan negatif, dia menjalani kuarantin.

“Kemudian dia melakukan ujian PCR buat kali kedua, namun keputusannya menunjukkan positif. Dia juga tidak terlibat dengan rakaman Running Man pada 7 Februari lalu kerana kuarantin. Kru program juga tidak dijangkiti,” katanya.

Selepas Jong-kook dan Se-chan disahkan positif, seorang lagi anggota program, Suk-jin juga dilaporkan positif pada Jumaat lalu.

Diikuti HaHa yang juga menjadi mangsa terbaharu wabak berkenaan selepas disahkan positif pada Sabtu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI