fbpx

20 PATI warga Myanmar ditahan, gagal bolos 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 20 PATI warga Myanmar ditahan ketika cuba menyeludup masuk di Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam awal pagi semalam.

BUKIT KAYU HITAM – Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba menyeludup masuk ke negara ini melalui sempadan negara Malaysia-Thailand di sini semalam.

Kesemua PATI warga Myanmar terdiri daripada 17 lelaki dan tiga wanita berusia antara 15 hingga 55 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3.45 pagi.

Menurut kenyataan 2 Divisyen di sini hari ini, tangkapan dilakukan di laluan haram di Felda Bukit Tangga di sini iaitu sektor Op Benteng Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia.

“Anggota yang melakukan rondaan di laluan sempadan Malaysia-Thailand ternampak sekumpulan individu dalam kedudukan meniarap dengan cubaan melintasi pagar sempadan.

“Pasukan terus membuat serbuan di lokasi kumpulan tersebut dan menahan serta melakukan pemeriksaan ke atas mereka,” katanya.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri dan disyaki PATI.

“Susulan itu, anggota rondaan menahan kesemua individu itu dan dibawa ke Pos 5 untuk siasatan,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya merampas pelbagai barangan peribadi, telefon bimbit dan sejumlah wang mata dengan anggaran nilai keseluruhan RM6,801.

“Kesemua PATI diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen di Anak Bukit di Alor Setar untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI