fbpx

Tanaman dalam peti ais, mangkuk tandas jadi tarikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan keadaan pokok bunga yang ditanam dalam pelbagai bekas tanaman yang unik.

PETALING JAYA – Berkebun atau bercucuk tanam di rumah mampu menghilangkan tekanan dan tidak hairanlah ramai tertarik menjadikannya sebagai hobi pada waktu lapang.

Menerusi perkongsian video oleh seorang usahawan, Nia Syaqiera Sabri di media sosial, memaparkan keadaan halaman rumah ibunya yang dipenuhi dengan pelbagai jenis tanaman dan pokok bunga.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah hasil tanaman tersebut ditanam dengan kreatif dan unik.

Dalam rakaman tersebut, ibunya memilih untuk menyusun pokok bunganya di dalam peti sejuk lama serta menggunakan barangan terpakai yang lain sebagai tempat untuk meletakkan tanaman.

Sementara itu, turut kelihatan pokok keladi kesayangan ibunya ditanam di dalam sebuah mesin basuh dan beberapa tanaman lain yang diletakkan dalam mangkuk tandas serta botol mineral yang tersusun kemas sekitar halaman rumah.

Nia turut memaklumkan ibunya pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan laman paling kreatif sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Jelasnya, sejak dari itu, ibunya mula mengambil pendekatan yang lebih kreatif untuk mencantikkan halaman rumahnya dengan konsep-konsep tanaman yang berbeza dari kebiasaan.

Meninjau ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh orang ramai dan rata-ratanya terkesima dengan hasil tanaman kreatif yang dikongsikan wanita itu.

“Macam ibu saya la, letak mangkuk jamban depan rumah buat hiasan,” kata Aisyah Hilmi.

“Golongan ibu ini, selalunya kreatif, sayang dengan semua barang, walaupun dah rosak, pasti ada sahaja idea yang muncul agar barang tersebut masih boleh guna daripada dibuang,” ujar Siti Aliah Rosli.

“Sama macam mak saya di kampung, asal boleh semua nak letak pokok-pokok dia, meriah halaman,” kongsi Mun Zaidi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI