fbpx

Syazwan Zulkifly nak jadi imam Wan Sharmila?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
USIKAN Syazwan yang mahu bergelar 'imam' kepada Wan Sharmila dipersetujui ramai peminat mereka.

ALAHAI, manisnya! Tak nak cakap banyak tapi itulah perkataan sesuai nak gambarkan tentang pasangan pelakon Syazwan Zulkifly dan Wan Sharmila.

Bukan nak cakap manisnya mereka bercinta ya, tapi sebab Diva tercuit hati bila tengok Syazwan mengusik Wan Sharmila atau Lala dalam Instagramnya.

Lala yang muat naik gambarnya manis bertelekung tulis kapsyen berbunyi: “Kalau Lala jadi telekung, awak nak jadi apa?”

Laju sahaja Syazwan usik dengan tinggalkan komen berbaur ayat ‘pick up line’.

“Saya jadi imam awak lah,” tulisnya.

Pendek sahaja ayatnya tapi buatkan ramai peminat tak keruan sebab bahagia melihat komen itu.

Walaupun mereka sebelum ini mengaku sekadar berkawan, tapi sampai sekarang peminat masih mengharapkan kedua-duanya bertemu jodoh.

Betapa kuatnya pengharapan peminat. Kalau dah tertulis, pasti ‘menjadi’ nanti akhirnya. Doa sajalah yang baik-baik ya!

DIVA: Ramai wanita cemburu tengok Zahirah Macwilson kekal langsing selepas ada anak. Apa rahsia?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI