fbpx

Suami isteri gigih kejar ‘rider’, tegur tali beg terjuntai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan keadaan salah satu tali beg seorang penghantar makanan terjuntai dari motor.

PETALING JAYA – Tindakan pasangan suami isteri mengejar seorang pekerja penghantar makanan untuk menegur terdapat salah satu tali begnya terjuntai dari atas motor telah menerima pujian ramai.

Menerusi perkongsian video oleh Aten Nazlan di media sosial, dia meminta suaminya mengejar ‘rider’ tersebut apabila terperasan bahawa salah satu tali yang digunakan untuk mengikat beg makanannya terjuntai dan perkara itu mungkin akan mengundang bahaya kepadanya.

Jelas wanita itu, dia dan suami gigih mengekori pekerja tersebut untuk memaklumkan masalah itu temasuklah memanggilnya dari luar tingkap kereta.

“Suami saya juga merupakan seorang penghantar makanan.

“Saya memahami kebimbangan ahli keluarga pekerja itu sekiranya apa-apa terjadi kepadanya sewaktu mencari rezeki,” katanya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji sikap prihatin wanita itu dan suami serta meluahkan kerisauan terhadap pelbagai nahas menyayat hati yang menimpa golongan penghantar makanan sejak kebelakangan ini.

“Terbaiklah awak dan suami, risau kalau tali beg tersangkut pada lori atau tayar motor, pasti berlaku kemalangan jiwa,” tulis seorang pengguna.

“Alhamdulillah, terima kasih kerana ambil berat tentang orang sekeliling, walaupun teguran nampak kecil, tapi amat bermakna sebab berkaitan nyawa,” ujar seorang pengguna lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI