fbpx

Smart SBB atasi masalah pesawah dibelenggu hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald (kanan) melawat tapak Projek Smart SBB MADA Bernas di Kampung Tok Jering di Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yakin isu pesawah dibelenggu hutang setiap kali mahu mendapatkan modal untuk mengusahakan tanaman padi dapat diatasi menerusi Program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, menerusi program itu, pesawah tidak lagi perlu bergantung sepenuhnya kepada orang tengah untuk menguruskan sawah masing-masing.

Katanya, pesawah sebaliknya akan berurusan secara terus dengan syarikat peneraju yang dipilih membangunkan kawasan penanaman padi sekali gus mengurangkan pengaruh orang tengah dalam industri padi dan beras negara.

“Program ini tidak akan mengakibatkan pesawah berhutang kerana kos pengurusan sawah akan ditanggung syarikat peneraju terlibat.

“Jadi, pesawah tidak perlu berhutang lagi dengan mana-mana pihak untuk tanam padi di kawasan tanah mereka,” katanya selepas melancarkan Program Smart SBB di kawasan Muda di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) C-IV Kangkong di sini hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI