PENYANYI Sandara Park sangat dikenali dengan susuk fizikal ideal, seksi dan menggiurkan.
Terbaharu, Sandara ada memuat naik beberapa keping foto untuk tatapan peminatnya. Sekeping daripada gambar tersebut memperincikan berat badannya iaitu 41.3 kilogram (kg).
“Ini satu kebanggaan apabila berat badan saya 41.3kg.
“Selama dua minggu lalu, saya secara tidak sengaja hanya makan pisang untuk diet kerana malas mahu makan dan kurang berselera. Sebelum ini berat badan saya kekal pada 45kg,” tulisnya.
Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata peminat dan pengikut teruja dengan berat badan terkini dan amalan pemakanan selebriti kesayangan mereka itu.
Sebelum ini juga, wanita berusia 38 tahun itu pernah ditemu bual sebuah stesen televisyen dan mendedahkan kekal dengan berat 45 kilogram selama tujuh tahun.