fbpx

ROC nekad pertahan atlet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VALIEVA

BEIJING – Jawatankuasa Olim­pik Rusia (ROC) mempersoalkan keputusan ujian doping terhadap atlet luncur ais mereka, Kamilia Valieva yang dikesan positif mengambil bahan terlarang ketika bersaing di temasya Sukan Olim­pik Musim Sejuk Beijing pada Selasa lalu.

Agensi Ujian Antarabangsa (ITA) mengesahkan perkara tersebut selepas atlet berusia 15 tahun itu positif mengambil trimetazidine iaitu bahan yang berada dalam senarai terla­rang Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) kerana mampu mening­katkan aliran darah ke jantung.

Presiden ROC, Stanislav Pozdnyakov menegaskan, keputusan yang dikeluarkan ITA agak lewat memandangkan ujian sampel telah diambil pada 25 Disember lalu di Kejohanan Kebangsaan Rusia.

Tegasnya, ITA mengambil masa lebih daripada enam minggu untuk mengumumkan perkara tersebut terutama ketika atletnya telahpun menjuarai saingan tersebut.
ROC menjelaskan pasukan luncur ais mereka telah memenangi acara tersebut secara adil dan berikrar untuk melin­dungi kepentingan pasukan.

“Secara fakta, sampel ujian tersebut diambil bukan semasa temasya berlangsung. Jadi, keputusan acara berpasukan semasa Sukan Olimpik tidak tertakluk kepada semakan automatik.

“ROC sedang mengambil langkah komprehensif untuk melin­dungi hak dan kepentingan ahli pasukan ROC sekali gus mahu mempertahankan pingat emas dimenangi dalam persaingan yang adil,” kata ROC.

Pada saingan tersebut, Valieva muncul selaku peluncur ais wani­ta pertama berhasil melakukan lompatan quadruple dalam temasya itu.
Kini, Valieva sedang me­nunggu kebenaran untuk beraksi dalam acara individu pada 15 Februari ini yang dijangka mampu merangkul pingat emas kepada Rusia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI