fbpx

Rihanna pun ada jerawat belakang badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIHANNA kini hamil anak sulung hasil perkongsian hidup dengan rapper, A$AP Rocky.

KINI sarat hamil anak pertama hasil perkongsian hidup dengan rapper A$AP Rocky, penyanyi ternama global Rihanna membuktikan tidak setiap inci tubuhnya sempurna serba-serbi.

Hadir bersama Rocky dalam satu acara jenama fesyen miliknya, Fenty Beauty dan Fenty Skin di Los Angeles, California, Amerika Syarikat, baru-baru ini, Rihanna atau nama sebenarnya, Robyn Rihanna Fenty mula menampakkan perubahan saiz badan seorang ibu mengandung.

Biarpun perut semakin memboyot, pelantun lagu Diamond itu tetap tampil menawan dan tidak pernah gagal membuat ramai terpegun dengan gaya fesyen eksentriknya.

Tidak malu menayang cela di badannya, Rihanna, 34, turut dipuji kerana jujur dengan diri sendiri apabila jerawat di belakang badannya menjadi perbualan ramai peminat dalam Twitter.

“Jerawat di belakang badan Rihanna sangat menakjubkan kerana membuktikan bahawa dia juga seorang manusia.

“Yay, akhirnya saya ada sesuatu perkara yang sama dengan Rihanna.

“Saya sebelum ini berasa sangat malu dan risau dengan masalah jerawat belakang badan tetapi melihat Rihanna juga ada masalah sama membuatkan saya berasa lebih baik. Rihanna sangat-sangat cantik.”

Demikian antara ciapan yang ditinggalkan peminat tentang cela atau ketidaksempurnaan pada tubuh diva pop dunia itu iaitu jerawat di belakang badan.

RIHANNA (kanan) dan kekasih, A$AP Rocky tidak sabar bergelar ibu bapa tidak lama lagi.

Kini menanti cahaya mata sulung, Rihanna juga menunjukkan perubahan fizikal lain iaitu badan ramping yang dahulunya menjadi idaman ramai kian bertemu ‘realiti’ selari dengan fasa menjadi seorang ibu.

Terdahulu sekitar awal Februari, tidak lagi menjadi rahsia apabila Rihanna mengesahkan dirinya sudah hamil anak pertama dan bapa kepada anak itu adalah Rocky atau nama sebenarnya, Rakim Athelaston Mayers, 33.

Waktu itu, buat pertama kalinya, Rihanna berkongsi kepada umum fizikal dirinya yang kini memboyot sedang hamil walaupun membisu seribu bahasa. Penampilan terbaharu bersama ‘baby bump’ dirakamkan di Bandaraya New York. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI