fbpx

PRN Johor: Pemimpin BN akur dikena kompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni Mohammad (tengah) dan Hishammuddin disambut penyokong MIC dalam program Majlis Pelancaran Briged MIC Johor di Stadium Tertutup EduCity, Iskandar Puteri, hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein akur sekiranya beliau dan rakan-rakan gabungan berkenaan dikenakan kompaun kerana telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan bagi mengawal pandemik Covid-19.

Hishammuddin yang juga merupakan Menteri Kanan Pertahanan memberitahu, perkara berkenaan sukar dikawal lebih-lebih lagi dalam program berbentuk politik menjelang pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini.

Menurutnya, beliau reda sekiranya penglibatannya dalam program anjuran MIC itu akan berdepan tindakan kompaun oleh Kementerian Kesihatan.

“Saya reda kalau ia (kompaun) melibatkan diri saya sendiri pun, sebab sebelum kita datang kita sudah tahu apa akan berlaku kerana dalam program politik masalah utama adalah susah hendak kita kawal.

“Bagi diri saya kalau ada kesalahan dan nak ambil tindakan saya mengalu-alukan, salah tetap salah,” katanya kepada pemberita selepas tamat program Majlis Pelancaran Briged MIC Johor, di Stadium Tertutup EduCity, di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam satu kenyataan di laman Twitter miliknya memberitahu kesemua pimpinan tertinggi yang hadir ke dalam program berkenaan akan dikenakan kompaun kerana melanggar SOP.

“Saya telah mengarahkan pegawai KKM untuk mengeluarkan kompaun kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Seri Hasni, Tan Sri Vigneswaran, pemimpin utama yang hadir dan penganjur dibawah Akta 342.KKM akan terus pantau SOP sempena PRN Johor,” tulisnya ringkas.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI