fbpx

PPM rampas lima pelanduk, pukat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota PPM menunjukkan pelanduk yang dirampas di Pantai Selat Panchor, Langkawi pada semalam.

LANGKAWI – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas lima ekor pelanduk yang telah disembelih serta pukat yang dipercayai digunakan untuk menangkap haiwan tersebut di sini semalam.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Shamsol Kasim berkata, pihaknya mengesan kelibat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di pesisir Pantai Selat Panchor pada pukul 7.15 malam.

Menurutnya, semasa sepasukan polis cuba menghampiri kawasan tersebut, kedua-dua suspek menyedari kehadiran polis dan melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

“Suspek meninggalkan satu bungkusan plastik berwarna merah dan satu guni berwarna putih.

“Pemeriksaan mendapati terdapat lima ekor haiwan disyaki pelanduk dalam keadaan telah disembelih dan kaki diikat bersama satu unit pukat dipercayai digunakan untuk menjerat haiwan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, rampasan dianggarkan bernilai RM900 dan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Langkawi untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI