KLANG – Pencarian seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjun ke Sungai Klang dari jambatan Diauddin Jalan Tengku Kelana semalam berakhir selepas ditemui lemas, petang tadi.
Mayat M. Navalan, 21, ditemui lengkap berpakaian kira-kira pukul 5.35 petang selepas 31 jam hilang.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, mayat berkenaan ditemukan kira-kira 200 meter dari lokasi dia terjun semalam.
Tambah beliau, operasi mencari dan menyelamat melibatkan 18 anggota dan pegawai keseluruhan bersama tiga buat bot termasuk dari polis dan Angkatan Pertahanan Malaysia.
“Kehilangan mangsa sebelum ini dilaporkan saksi kejadian yang merupakan seorang wanita gelandangan yang melihatnya terjun ke dalam sungai.
“Mayat mangsa berasal dari Kampung Perepat, Kapar itu kemudiannya 200 meter dari lokasi kejadian awal,” katanya dalam kenyataan hari ini.-K! ONLINE