fbpx

KPM hantar surat rasmi kepada SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan menghantar surat rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memohon supaya sekolah menengah di Johor tidak digunakan sebagai pusat pembuangan undi.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pihaknya bimbang sekiranya sekolah menengah digunakan, ia akan mengganggu proses peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Beliau berkata, sebelum ini, KPM sudah menetapkan bahawa supaya sekolah menengah di Johor tidak seharusnya digunakan sebagai pusat pembuangan undi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Buat masa ini, kami masih belum menerima permohonan rasmi daripada SPR bagi tujuan penggunaan sekolah ini. Namun, sesi libat urus bersama guru dan pentadbir sekolah di Johor sepanjang tiga hari lalu, saya menerima banyak maklum balas.

“Mereka memaklumkan, sekolah mereka mungkin akan digunakan sebagai tempat pembuangan undi,” katanya menerusi rakaman video di laman Facebook, hari ini.

Radzi berkata, beliau menjelaskan bahawa, biarpun hari pengundian dijalankan pada hari Sabtu namun, hakikatnya ia sedikit sebanyak menganggu proses SPM di sekolah.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI