fbpx

KJ arah KKM kompaun pemimpin, penganjur kempen politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan pihaknya telah mengarahkan pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengeluarkan kompaun terhadap tiga pemimpin utama parti politik yang hadir pada Majlis Pelancaran Briged MIC Johor di EduCity Kota Iskandar sebentar tadi.

Khairy Jamaluddin melalui satu ciapan di Twitternya berkata, kompaun itu turut akan dikenakan kepada penganjur di bawah Akta 342 Kawalan Penyakit Berjangkit.

“Saya telah mengarahkan pegawai KKM untuk keluarkan kompaun kepada DS Hishammuddin, DS Hasni, TS Vigneswaran, pemimpin utama yang hadir & penganjur di bawah Akta 342.

“KKM akan terus pantau SOP sempena PRN Johor,” katanya di sini tadi.

Terdahulu, Bendahari Agong BN, Datuk Seri Hishammudin Hussein bersama Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Datuk Seri Hasni Mohammad dan Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran tiba di majlis tersebut pada petang tadi.

Sebuah video memaparkan ketibaan pemimpin-pemimpin itu turut mendapat kecaman orang ramai berikutan keadaan yang terlalu sesak sehingga gagal mengekalkan penjarakan fizikal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI