fbpx

Kerja ‘jual badan’, Sakinah mula tapis pengikut di Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharifah Sakinah

PETALING JAYA – Sering menjadi mangsa kecaman gara-gara gambar dan videonya bersenam dengan berpakaian mencolok mata, aktres Sharifah Sakinah mengambil keputusan untuk menyekat golongan lelaki busybody daripada mengikuti akaun Instagramnya.

Meskipun tidak menyatakan secara terperinci, pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu seolah-olah memberi ba­yangan dia mahu mengelakkan dirinya daripada terus dihakimi tentang pakaiannya.

“Saya akan menapis mana-mana individu yang hendak mengikuti akaun Instagram. Jika berjantina lelaki, saya tak terima.

“Kerja saya menjual badan, hendak menunjuk satu per satu otot. Memang kena tunjuk aurat,” kata pemilik nama penuh Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired itu menerusi hantaran Instagramnya semalam.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu turut mengi­ngatkan kepada pengikutnya agar tidak mudah menjatuhkan hukum berdasarkan paparan bahan yang dikongsi.

“Kalau hendak me­ngikut akaun saya juga, jangan mudah menghakimi. Jika nak ilmu (kecergasan dan gaya hidup sihat) sila ikuti (di akaun Instagram),” ujar Sa­kinah.

Sebelum ini, Sa­­­kinah selalu menjadi mangsa kecaman kerana sering memakai pakaian mencolok mata ketika bersenam sekali gus mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pengi­kutnya.

Sakinah juga juga pernah di­kritik selepas memuat naik gambar dia be­rendam dalam tab mandi de­ngan menampakkan sebahagian tubuh­nya.

Minggu lalu, pe­lakon yang pernah popular menerusi drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu membuat pe­ngakuan secara terbuka telah bernikah dengan lelaki Sweden, Michael Hansen, namun tidak mendedahkah tarikh perkahwinan mereka.

Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha sebelum berpisah pada Mei 2020. Mereka dikurniakan seorang anak pe­rempuan, Anais Adha kini berusia lima tahun.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI