fbpx

Kereta masuk parit, Shuk Sahar masih tak serik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO Tiktok yang viral memaparkan Shuk masih bertemu dengan wanita yang didakwa sebagai skandalnya, Farah (gambar kiri).

SEKALI lagi, nama Shuk Sahar menjadi bahan bualan ramai apabila beberapa keping gambar dan video dia ke sebuah negeri bersama seorang wanita.

Paling membuatkan ramai geram ialah wanita yang bersamanya di sebuah restoran dalam video tersebut dikatakan bukan isterinya iaitu Rossalennah.

Paling netizen berpuas hati ialah muncul pula video memaparkan kenderaan yang dinaiki Shuk dan wanita tersebut terbabas ke dalam parit.

Memang bersoraklah netizen kerana bagi mereka, Shuk mendapat balasan yang setimpal. Takut juga Diva membaca semua komen netizen. Mana tidaknya, memang penuh dengan maki hamun.

Apa pun, sehingga hari ini, Diva pelik mengapa Shuk masih lagi melakukan hal yang sama walaupun sudah teruk dihentam dan pernah berjanji ingin membahagiakan isteri serta anak-anaknya.

Adakah tangisan dan janjinya sebelum ini hanya ‘wayang’ semata-mata? Geram tetapi entah sampai bila agaknya cerita tentang kecurangannya akan berlanjutan.

DIVA: Risau melihat situasi terkini iaitu peningkatan kes harian Covid-19. Jaga diri semua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI