fbpx

Kerajaan UMNO stabil – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Ouyang Yujing (dua, kanan) dan Presiden Persekutuan Francais Rantaian Runcit Asean (ARFF), Datuk Mike Loh (dua, kiri) di Hotel Hilton di sini, hari ini. FOTO : FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan tidak timbul isu kerajaan akan menjadi lebih stabil sekiranya UMNO tidak lagi menjadi kerajaan.

Ismail Sabri berkata, kerajaan kini adalah kerajaan UMNO malah dirinya sendiri merupakan Perdana Menteri daripada UMNO yang disokong oleh rakan-rakan daripada parti lain.

“Kita telah pun menunjukkan kerajaan yang stabil kerana pertama kali dalam sejarah, MOU (pemeteraian memorandum persefahaman) ditandatangani antara kerajaan dengan pembangkang yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Ini telah memastikan negara dalam keadaan stabil, jadi tidak timbul isu apa yang disebut oleh Menteri Kedah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Tahun Baharu Cina di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dilaporkan berkata Malaysia akan mendapat kestabilan politik sekiranya UMNO tidak lagi memerintah.

Beliau juga mendakwa kerajaan Kedah adalah kerajaan paling stabil di Malaysia kerana UMNO mempunyai jumlah kerusi yang paling sedikit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI