fbpx

Industri ikan tuna mampu jana keuntungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Muhammad Zawawi (dua dari kanan) meninjau jualan hasil nelayan pantai Kampung Pachakan, Pasir Puteh hari ini. FOTO TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Bot laut dalam milik nelayan tempatan perlu meneroka industri perikanan tuna yang sedang berkembang dan membangun sekali gus mampu menjana pendapatan baharu kepada negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, pengusaha bot laut dalam perlu merebut peluang untuk terlibat dalam industri tuna oseanik dan tuna neritik untuk pasaran eksport selain keperluan industri hiliran dalam negara.

Menurutnya, setakat ini, pelabuhan Labuan dan Pelabuhan Klang menjadi penggerak industri tuna yang aktif mendaratkan pelbagai jenis tuna jenis oseanik iaitu tuna sirip kuning, tuna mata besar, tuna Albakor dan aya jalur.

“Tangkapan tuna neritik di perairan negara pula melibatkan jenis aya hitam, aya kurik, aya selasih dan aya peluru yang ditangkap oleh pukat jerut Zon C selain Zon C2 masih memerlukan peningkatan produktiviti untuk memenuhi permintaan pasaran.

“Harga pasaran bagi satu kilogram tuna sirip kuning di negara Jepun dianggarkan RM287 dan seekornya mampu mencecah 50 hingga 70 kilogram seekor. Berdasarkan nilai itu, ia merupakan satu pelaburan yang menguntungkan,” katanya ketika ditemui pemberita ketika meninjau kegiatan perikanan pesisir pantai Kampung Pachakan di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI