fbpx

Gotong-royong cegah denggi di PPAM Pudina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA peserta terlibat program gotong-royong kebersihan di PPAM Pudina, Presint 17, Putrajaya semalam. – Foto ihsan SWCorp

PUTRAJAYA – Puluhan penduduk Blok F di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Pudina, Presint 17 di sini menyertai program gotong-royong kebersihan diadakan semalam.

Ia melibatkan Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan serta Alam Flora Sdn. Bhd. (AFSB).

Menurut kenyataan SWCorp, acara tersebut yang disertai sejumlah 40 orang itu dilaksanakan bagi pencegahan penularan penyakit demam denggi dan lain-lain dalam kalangan penduduk.

“Inisiatif itu untuk membangkitkan sikap bekerjasama yang erat terutama dalam menjayakan pelaksanaan program Berani Ubah melibatkan Badan Pengurusan Bersama (JMB),” katanya.

Kempen berkenaan ujarnya, dijangka menjadikan PPAM Pudina sebagai lokasi pertama di Wilayah Persekutuan dan juga Malaysia yang merintis amalan kebersihan secara bersepadu itu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI