fbpx

Dahulu pemalu, kini jadi model muslimah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Najihah

Gadis Pesona Ahad pada ­ming­gu ini seorang yang pemalu. Bagi mencabar diri untuk tampil lebih yakin di khalayak, Nur Najihah Mohd. Mazlan S. Selvan menyertai bidang modeling sejak dua tahun lalu.

Kali pertama menerima tawaran memperagakan pakaian jenama tempatan popular membuatkan anak kacukan Melayu, India dan British yang mesra disapa Jiha berasa teruja, malah le­bih bersemangat selepas bakatnya mendapat perhatian klien.

Akui Jiha, dunia peragaan membentuk peribadinya menjadi individu yang berani. Sebelum ini, disebabkan rasa malu yang melampau, Jiha memberitahu, dia tidak pernah membeli makanan seorang diri, malah tidak berani keluar sekiranya tanpa ditemani ahli keluarga.

Ikuti temu bual wartawan ­Kosmo! Ahad bagi mengetahui cerita lebih lanjut mengenai gadis ini.

Kosmo! Ahad: Sejak bila menceburi bidang peragaan?
Jiha: Ketika berusia 21 tahun selepas memuat naik gambar di Instagram.

JIHA mengakui pernah ditipu, namun tidak pernah patah semangat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang modeling.

Titik permulaan Jiha dalam dunia modeling?
Tawaran pertama saya terima daripada sebuah syarikat tudung. Saya juga aktif membuat reviu produk seperti baju, tudung dan barangan kecantikan.
Saya pernah menjadi model utama sebuah jenama pakaian tempatan bagi koleksi hari raya. Penggambaran diadakan di Yogyakarta, Indonesia. Alhamdulilah tawaran tidak pernah putus-putus walaupun pada musim pandemik Covid-19.

Pandangan Jiha mengenai tanggapan jadi model untuk popular?
Bagi saya, jika seseorang itu menceburi dunia modeling untuk mengejar populariti, dia tidak akan bertahan lama kerana yang pen­ting adalah minat. Ramai orang beranggapan tugas model hanya senyum di depan kamera, namun banyak lagi yang perlu dipelajari antaranya pengurusan masa. Perlu ada disiplin yang tinggi untuk kekal berjaya dalam kerjaya ini. Saya pula sertai bidang ini kerana mahu tampil lebih berani. Percaya atau tidak, sebelum ini saya tidak berani keluar dengan kawan-kawan, malah beli makanan seorang diri pun tidak pernah kerana pemalu.

Antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan?
Sebuah jenama tempatan yang sedang mencari face off untuk mempromosikan produk mereka memilih saya antara 10 model terbaik untuk memperagakan pakaian dan tudung. Kami diminta memuat naik gambar di media sosial sebagai syarat pertandingan. Rupa-rupanya kami ditipu kerana syarikat terbabit hanya mendiamkan diri tanpa mengumumkan pemenang sampai hari ini.

Perancangan Jiha bagi tempoh lima tahun akan datang?
Saya mahu jadi ahli per­niagaan berjaya dan berpengaruh. Saya mahu membantu golongan wanita untuk sama-sama berjaya, malah sudah mula membuat simpanan untuk perancangan masa depan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI