fbpx

Bot pom-pom bawa PATI tidak sempat lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot pom-pom bersama PATI yang berjaya ditahan PPM Pelabuhan Klang.

KUALA SELANGOR – Cubaan sebuah bot pom-pom membawa 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) melarikan diri ketika dikejar pihak berkuasa gagal apabila ditahan di sekitar perairan Sungai Buloh di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, kesemua warga Indonesia berusia 20 hingga 53 tahun berkenaan ditahan selepas bot berkenaan terkandas akibat mengalami kerosakan.

Selain 22 penumpang, penahanan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang itu turut melibatkan seorang tekong dan dua awak-awak bagi membantu siasatan.

Komander PPM Wilayah 1, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, operasi itu dijalankan hasil maklumat mengenai bot pom-pom yang menjalankan aktiviti penyeludupan migran melalui jalan laut.

Katanya, bot itu bertindak melarikan diri selepas menyedari kehadiran dua bot peronda PPM di perairan tersebut.

“Pasukan kita kemudian mengejar bot berkenaan dan berjaya memintasnya kira-kira 6.8 batu nautika daripada perairan Sungai Buloh.

“Bot pom-pom itu terkandas akibat mengalami sedikit kebocoran dan kerosakan enjin,” katanya dalam kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI