fbpx

60 keluarga terima rumah PPRT Desa KEDA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir (tengah) bersama sebahagian penerima rumah PPRT di bawah program Desa KEDA di Taman Desa Pudina, Kubang Kenyeng di Kuala Nerang hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN

KUALA NERANG – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) membina sebanyak 60 unit rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di bawah program Desa KEDA di Taman Desa Pudina Projek Pemajuan Kawasan (PPK) Kubang Kenyeng di sini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, rumah yang dibina untuk keluarga daripada golongan miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah itu melibatkan kos keseluruhan RM9.5 juta.

Katanya, projek pembinaan perumahan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 itu bermula pada tahun 2017.

“Taman perumahan ini diwujudkan bagi membantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat miskin luar bandar.

“Ia juga menjadi lambang kejayaan projek di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dengan membangunkan penempatan baharu yang dilengkapi kemudahan asas dan kondusif,” katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian Taman Desa Pudina PPK Kubang Kenyeng di sini hari ini

Mengulas lanjut, beliau berkata, seramai 23,775 orang telah menerima manfaat daripada pembinaan 3,862 unit rumah PPRT di 44 buah kampung di bawah Desa KEDA. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI