fbpx

16 PATI dicekup tidak sempat kerja ladang sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDATANG asing yang ditahan dalam operasi itu semalam.

KUALA SELANGOR – Hasrat 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara ini untuk bekerja di ladang kelapa sawit berjaya dipatahkan selepas ditangkap di pesisir pantai Kampung Sungai Yu, Tanjong Karang di sini, semalam.

Kesemua 15 lelaki dan seorang wanita berusia 21 hingga 48 tahun ditangkap Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam dua operasi berasingan bermula kira-kira pukul 11.30 pagi.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, operasi itu dilakukan hasil maklumat pihaknya mengenai kewujudan PATI di kawasan berkenaan.

Katanya, kesemua warga asing yang ditahan itu dipercayai baru tiba menerusi jalan laut dengan menaiki bot.

“Berdasarkan siasatan awal, mereka membayar antara RM3,500 hingga 4,500 dengan disyaki menaiki sebuah bot nelayan besar.

“Mereka dipercayai dijanjikan oleh pihak tertentu untuk bekerja sebagai pekerja ladang kelapa sawit di sekitar Pahang,” katanya ketika dihubungi hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI