fbpx

‘Wartawan cilik’ pamer bakat masak sejak usia dua tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bakat memasak Haziq dicungkil sejak kanak-kanak itu berusia dua tahun.

PETALING JAYA – Kanak-kanak berusia 12 tahun iaitu Muhammad Haziq Mohd. Asyraf yang tular berikutan kepetahannya melaporkan berita berhubung penemuan seekor ular sawa baru-baru ini mempunyai minat memasak sejak berusia dua tahun.

Muhammad Haziq yang menanam impian bergelar seorang cef berjaya sebelum ini turut mencuri tumpuan umum menerusi bakatnya memasak pelbagai hidangan termasuk aneka kuih-muih dan juga kek.

Menerusi perkongsian video seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Atan Costa, bakat memasak wartawan cilik itu mula dicungkil sejak dia berusia dua tahun apabila menunjukkan kemahirannya menguli doh karipap.

Meskipun video berkenaan hanya menunjukkan Haziq bermain dengan doh tepung, namun rata-rata netizen memuji bakat dimiliki kanak-kanak itu berikutan mula menunjukkan minat memasak sejak berusia dua tahun lagi.

“Pandainya dia, dari kecil sudah berbakat, patut amat-amat dasyat,” kata Zulkifli_72.

“Betul, dari usia dua tahun mula buat karipap dan roti canai, memang berbakat,” puji Salmi Malam.

“Bertuahnya mak ayah dia dapat anak bijak macam Haziq, apa rahsia dia, dapat anak bijak macam ini,” tulis Nurhaliza Ahmad Zubi.

Terdahulu, Haziq mencuri tumpuan orang ramai apabila video dirinya melaporkan berita penemuan ular sawa di Bukit Selambau, Kedah tular apabila dikongsikan oleh ramai pengguna media sosial.

Impian kanak-kanak itu untuk berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga tercapai apabila dia berkesempatan menemuramah beliau baru-baru ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI