fbpx

Tiga rakyat Britain dijangkiti virus Lassa, seorang maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEGARA-NEGARA di Afrika Barat telah menyaksikan penularan terbesar virus itu yang boleh membawa maut. - Persidangan Demam Lassa NCDC

LONDON – Agensi Keselamatan Kesihatan Britain (UKHSA) mengesahkan satu kematian tragik melibatkan penyakit demam Lassa selepas beberapa jangkitan dikesan pada Rabu lalu, lapor akhbar The Sun UK, semalam.

Tiga jangkitan dikesan di England Timur selepas sebuah keluarga pulang dari melancong ke Afrika Barat.

“Kami mengesahkan kematian yang menyedihkan melibatkan seorang pesakit yang disahkan menghidap demam Lassa. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa,’’ kata seorang jurucakap Yayasan NHS Bedfordshire.

“Kami akan terus menyokong keluarga pesakit, manakala kakitangan kami akan bekerjasama rapat dengan rakan sekerja daripada  UKHSA untuk menjalankan pengesanan kontak,’’ tambahnya.

Bagaimanapun, UKHSA mengesahkan bahawa risiko penularan virus tersebut kepada masyarakat adalah sangat rendah. 

Demam Lassa adalah penyakit akut virus berdarah yang boleh membawa kepada pendarahan dalaman dan menjejaskan fungsi sistem organ. 

Pesakit biasanya dijangkiti selepas terdedah kepada makanan atau barang yang mengandungi air kencing atau najis tikus. Ia juga boleh disebarkan melalui cecair dari badan pesakit. 

Virus itu adalah daripada keluarga yang serupa dengan Ebola tetapi tidak menyebabkan kematian atau menular. Ia telah menjadi endemik di beberapa negara Afrika Barat. 

Kebanyakan pesakit yang mengalami demam Lassa akan pulih sepenuhnya tetapi sesetengah daripada mereka akan sakit dengan teruk.

Demam Lassa  berasal dari bandar Lassa di  utara Nigeria. Demam itu mempunyai tempoh pengeraman selama 21 hari dan boleh berjangkit melalui cecair badan.  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI